Thursday, 4 October 2012

TiP PeNgIrAaN KaLoRi

Kaedah pengiraan kalori makanan
Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg. Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari

kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.

baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN
Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori: Minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


Petua memilih makanan di restoran :
  • sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
    baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
  • Minta salad tanpa dresing
  • minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
  • pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
  • jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
  • jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
  • pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
  • minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
  • minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol

Sumber dari
http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/155-tips-pengiraan-kalori-makanan-.html
aZaM Nak KuRuSkAn BaDaN

Huhuhu dah lama rasanya tak menaip dgn panjang lebar, baru2  ni blik kampung kenduri my cousin wahhh trsgtla meriah nak tau 5 ekor lembu tumbang menantu pertama la katakan,apapun mmg best la sbb siap ada acara silat hampir 1 jam.
Tp yg sedey nya ramai yg teguq " awat hg ni gemuk sgt" huhuhu susah nak jawab tu sedaya upaya ummi bg jugak la alasan biasa la org merancang mmg mcm so paham2 la yerr..

Blik jer ke puchong trus tekad kan diri untuk kurus, tp tk jugak buat on d spot..... puas jugak mencari cara2 untuk diet, before ni k.zu lah menjadi pembakar semangat utk kurus tp tk jugak menjadi bak kata org tua " hangat2 taik ayam " itu la padahnya, tp Allah maha mengetahui tiba2 sya terjumpa gambar x officemate sya dulu mmg agak berisi tetapi skrang mak ai melecun slim plak tu nak tak tau ker sapa japp yerr...http://kevinzahri.com/blog/success-stories/weight-loss-success-stories/rosniza-berjaya-turunkan-13kg-dalam-masa-2-bulan/ ni la link dia,

So dr situ lah sya bertekad nak jugak kurus start from 02.10.2012 baru cuba mengdisplinkan diri dalam pemakan nie, sya still makan n cuba cari yg kurang kalori jer n take more water ecehhhh speking la plak , klu dulu ermm susah nya nak amik air kosong, tp utk kurus sggup minum air more than 3L per day, hope berjaya  sbb nak sgt2 kurus.

Selain control mkn ummi dah start skeeping kat rumah, nak beli basikal exercies tu tk dak tempat nak letak beli skipping jer lah.

ckup la sampai kat sini dulu dah tak tau nak tulis ap bye bye....

Thursday, 19 July 2012

RaMaDan Al MuBaRaK

Esok kita semua dah start puasa, bestnya almaklumlah setahun sekali jer nak merasa bulan ramadan,  Harap Ramadan kali ini lebih bermakna dari sebelum nie.
      Marhaban Ya Ramadan
                                                           

     Ganjaran Di Bulan Ramadan





Thursday, 5 July 2012

Anak adalah satu anugerah dari Allah SWT

Anak adalah satu anugerah dari Allah SWT

Jika Anak dibesarkan dengan Celaan,
maka ia belajar menyalahkan
 

Jika Anak dibesarkan dengan Permusuhan,
maka ia belajar berkelahi
 
Jika Anak dibesarkan dengan kekerasan,
maka ia belajar menentang
 

Jika Anak dibesarkan dengan Ketakutan,
maka ia belajar Gelisah
 

Jika Anak dibesarkan dengan Penghinaan,
maka ia belajar Menyesali Diri
 

Jika Anak dibesarkan dengan Cemuhan,
maka ia belajar Rendah Diri
 

Jika Anak dibesarkan dengan Iri Hati,
maka ia belajar Mendengki
 
Jika Anak dibesarkan dengan dipermalukan,
maka ia belajar Merasa bersalah
 
Jika Anak dibesarkan dengan Dorongan,
maka ia belajar Percaya Diri
 

Jika Anak dibesarkan dengan Toleransi,
maka ia belajar Menahan Diri
 

Jika Anak dibesarkan dengan Pujian,
maka ia belajar Menghargai
 

Jika Anak dibesarkan dengan Penerimaan,
maka ia belajar Mencintai
 

Jika Anak dibesarkan dengan Dukungan,
maka ia belajar Menyenangi Diri
 

Jika Anak dibesarkan dengan Pengakuan,
maka ia belajar Mengenali Tujuan
 

Jika Anak dibesarkan dengan Berbagi,
maka ia belajar Kedermawanan
 

Jika Anak dibesarkan dengan Rasa Kejujuran dan Keterbukaan,
maka ia belajar Kebenaran dan Keadilan
 

Jika Anak dibesarkan dengan Rasa Aman,
maka ia belajar Menaruh Kepercayaan
 

Jika Anak dibesarkan dengan Kasih Sayang dan Persahabatan,
maka ia belajar Menemukan Cinta dan kasih dalam Hidupnya
 

Jika Anak dibesarkan dengan Ketentraman,
maka ia belajar Berdamai dengan Pikiran



Ya Allah kau jadikanlah anak2 ummi, anak yg soleh n solehah. Amin.




sources http://ssulieana.blogspot.com

Tuesday, 3 July 2012

Al Fatihah

Dah lama rasanya tk hupdate blog ni, tk dak ummi nak buka n tgk blog mgkin sbb badan tk brapa nak sihat.

Nie story yg ummi nak storykan pada hari khamis malam, ummi dah ready packing beg tuk pg jejalan ke cameron higland, anak2 pon semua semangat sbb diorg belom penah pg lagi.
dalam seronok tu dalam kul 1.30am 21.06.2012 dapat call dari pak jang, dia kata klu bleh balik la abah dah loghat abih ummi pon terus kejutkan walid( my hero) dan bgtau dia, walid kata klu mcm ni kita  cancel la cameron kita blik kg, tp  kebetulan pagi tu mmg walid kena keja pg airport tuk pick up anak dato.
Lepas jer walid balik dari airport, lepas selesai subuh kami pon gerak blik kg dalam kul 10pg kami sekeluarga selamat sampai, masuk jer dalam rumah ya Allah air mata berjujuran terkejut tgk keadaan abah yg sgt kurus, padahal baru mggu lepas tgk ok lagi.
masa ummi salam ngan abah dia tenung ja ummi n anak beranak, ummi cakap abah kena kuat .

Dalam masa mcm gitu pon mulut abah still mengucapkan terima kasih kepada anak2 yg tolong bg mkn, minum, salin pampers. suruh anak2 blik kerja tkut bos marah, suh anak2 p makn, tp syukur anak menantu semua berada disamping abah berikan semangat.

keesokkan harinya abah nampak tenat n tk kenal org langsung, sekejap jer klu Allah nak bg sakit kan, Ya Allah kau sihat kan ummi dan seluruh kaum keluarga ummi dan seluruh ummat islam, kau pnjang kan lah umur kami, kau limpahkan lah rezki kepada kami dan kau ampunilah dosa2 kami.

Tapi Allah lebih maha mengetahui pada hari jummat 22.06.2012 selepas selesai azan asar abah pergi meninggalkan kami semua, Abah pergi dalam bulan yg hari yg baik dan bulan yg mulia, semoga abah digolongkan dalam golongan org2 yg beriman .Abah kami semua redha dgn pemergian abah,  Al fatihah untuk abah




Monday, 4 June 2012

Berita Sedih dari kampung

Pada hari rabu bersamaan 30.05.2012, tepat jam 6.45 nda cik (adik kepada ummi) call trus bgtau ada berita yg tk brapa baik, n dia kata kak jgn terkejut sabaq byk2, pastu trus aku tanya awat? pasai pa? hati dah dup dap dup dap dgn kencang. nda cik trus bgtau yang nda norma n keluarga (mak sedara) terlibat dalam kemalangan, tp ami mail meninggal ditempat kejadian.
Ya Allah ummi mengucap panjang bukan apa, hjung bulan umi baru jumpa dgn allahyarham , tp itu la ajal maut semuanya ditangan Allah, ummi terus lemah n tk berdaya dah tau nak buat apa, cik asben plak baru on d way dari ipoh nak blik kl. kebetulan anak kepada nda norma n Allahyarham ami mail  berada di kl, jadi ummi ami keputusan untuk pulang jugak ke Alor setar walaupun hati rasa amat berat, ummi hanya mampu berdoa semoga perjalanan kami selamat sampai.
Dah semua selesai packing ummi terus menuju ke ktm subang jaya, untuk mengambil anak kepada nda norma, dalam keadaan sayu ummi pon tk tau nak ckp apa, cuma ummi kata ajal maut semua ketentuan Allah jd kita redha jer, berat mulut untuk keluarkan perkataan tu. azizi trus menggenggam erat dan aku pon bg serba sedikit nasihat.
sepanjang perjalan kami semua hanya mampu diam, dan dalam suasana yg sayu terdengar azizi membaca alfatihah untuk arwah walid...syukur alhamdulillah azizi mmg seorg anak yg soleh.
sampai ipoh ummi berkonvoi dengan maksu, jd tk la rasa risau sgtkan.
bila dah masuk area sungai petani trus ummi tanya, azizi nak jumpa ummi dulu atau nak tgk walid, dia diam jer....pastu ummi trus cakap kita g jumpa ummi dulu.....jadi en asben pon trus menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah, dan trus pegi ke emergency, tp ummi tk leh masuk sbb bawa baby, jd ummi tggu kat luar.
tp ummi dpat jugak la jumpa nda norma dekat dalam wad, ummi masuk jugak walaupun pak guard tk bagi. bila tgk ja nda norma tersgt lah sedey tp ummi control tk mo teriak dpn dia, bukan apa sbb nanti nda lagi sedey, nda cuma sesak nafas, n doc perlu tahan diwad sbb tktu ada pendarahan dalaman.apa pun nda norma seorg yg sgt tabah n kuat semangat.
Ummi amik keputusan tk blik keumah sbb nak tgk jenazah, jenazah ditempatkan dirumah umi,lagipun nda bleh la berehat.
Setibanya dirumah ummi mmg tk tahan sebenarnya, tp ummi kuatkan hati untuk melihat Allahyarham, alhamdullillah begitu bercahaya muka Allahyarham ami, moga syurga tempatnya, cuma ummi sedih bila tgk bekas jahitan dibadan Allahyarham, 
Azizi anak yg soleh dn perlu dicontohi sampai ja kat umah dia trus terduduk bila tgk walid dia, ummi tgh berckp ngan dia, pastu terus dia bgun amik air sembahyang n trus baca alquran.
ummi yg keletihan trus p kerumah b salina untuk tido.
keesokkan paginya ummi dan keluaga trus pegi kerumah ummi, sbb jenazah akan dikebumikan pada jam 11pagi, masa ummi sampai tu jenazah tgh dimandikan oleh anak, anak buah, adik n serta abg ipar.
ummi trus menuju keruang dimana jenazah akan dikapankan. tp ummi tk dpat langsung nak tgk sbb terlalu ramai org dok tgk. betapa sayu nya bila melihat nda diatas kerusi roda, dan org mengangkat jenazah suaminya utk cium buat kali terakhir.Nda begitu cekal n tabah, ummi sayang nda.
perjalanan untuk pengembumian amat senang, tp ummi tk pergi kubur sbb tk larat nk mengepung anak ummi yg kecik tu Batrisyia, dia lasak......
Betapa sejuk nya perut seorng ibu, pabila anak sendiri boleh mengimamkan sembahyang jenazah, syukur alhamdulillah. tepat jam 12tghari semua dah selesai.

Ya Allah kau jadikanlah anak2 hamba, anak2 yg soleh n solehah amin dan
kau jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah

Al Fatihah

















nie la dulu entry tuk kali nie...

Monday, 28 May 2012

Hari Ibu

Rasanya belum terlambat utk ummi menaipkan ucapan hari ibu, walaupun dah lama berlalu

Bonda
Anakanda masih memerlukan pertunjuk
kejalan kebahagian dunia dan akhirat
setia mengajar erti kekuatan
restu dan doa bonda iringkan
terima kasih atas segalanya
jasa bonda akan anakanda kenang
kerana kau adalah ibuku

walaupun bermcm dugaan yg telah kita lalui, tp Allah tu maha pengasih ,kasih sayang kita masih erat.
semoga Allah kekalkan kasih sayang ini hingga akhir hayat.


untuk mak tersayang
Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Entry 2012

Dah masuk pertengahan tahun baru rasa nak berblogger : ) byak benda nak diceritakan cuma saya malas nak mengadap dihadapan pc ni lama2.
Banyak crita yang ummi hendak diluahkan tp tk terluah plak, tk apalah Allah maha mengetahui semuanya mana yang betul n mana yg salah, ummi hanya mampu berdoa supaya ALLAH SWT tunjukkan kebenaran.
Allah tu maha adil n maha pengasih kepada umat2.

Jummat lepas ummi sekeluarga blik ke kampung suami, kerana nak melawat father in law yg tk sihat, gerak dari kl dalam kul 10.45pm dgn anak sedara, sampai kg dalam kul 3.45am pgi, huhuhu ngacau org pagi2 buta suh bukakan pintu, sampai ja trus jumpa abah(tok wan ), sian abah(tok wan) dah semakin kurus sbb tk lalu nak mkn. mata dah ngantuk yg teramat adik batrisyia plak buat perangai asyik nangis jerk tk leh nak tido, pelik jugaj sblom ni tk pernah sedemikian jd ummi pon layan jer la, klu ikutkan hati nak mrah jugak sbb dah ngantuk sgt,  sperti biasa bgn pagi sediakan sarapan untuk abah(tok wan), pastu bg abah(tok wan) mkn ubat n abah trus rehat.

kami dua biras ni mulalah kerja didapur....apalagi masak la, masak cepat, cepat la leh mkan, menu untuk tengah hari, gulai ikan nyok nyok , kangkung goreng, ikan goreng, sambal belacan dan ulam.


 
malam tu father in law request nak mkn pindang then ummi pon masak je lah ....byk jugak abah(tok wan) makan mlm tu 1 senduk nasi jgk la  berbanding sebelum hanya  1@2 camca ja bleh masuk.

Keesokkan pagi aku buatkan nasi goreng goreng tuk bekpas byk jugak abah(tok wan) makan alhamdulillah syukur pada Allah SWT abah(tok wan) dah nampak kuat skit, sebelum ummi gerak blik kl ummi sja ja masakkan bubur udang untuk abah(tok wan), we all  terpaksa gerak awal sbb nak antar anak buah cik hubby dekat pd, dia kena masuk kem before kul 6pm, apa pon syukur kami sampai kedestinasi dgn selamat.