Tuesday, 5 July 2011

Tk dapat nak tahan air mata n terus mengalir

Semalam Dila rakan sekerja tanya suka tk baca blog, sy ok jer. dia minta saya baca satu blog nie http://hasyasofea.blogspot.com.
Sampai jer off pg td terus la buka blog nie, Ya Allah cekalnya hati hamba Allah ini.Segala yg terbuku dihatinya di luahkan di blognya, terharu dan sedih saat membaca patah-patah perkataan mala tentang kerinduan seorang isteri yang kehilangan suami tercinta dimana tempat yg kita bergantung dan selama ini melindunginya. Ya Allah kau berikanlah kesabaran n ketabahan kepada dia dalam menjalani kehidupan harian tanpa suami tersayang.

Adakah aku sekuat dia
Ya Allah... Hambamu ini tak sekuat insan yang bernama normala.

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

buat Mala Semoga ketabahan sentiasa kuat dalam diri mu. Ya ALLAH kau golongkanlah suami beliau dikalangan golongan2 orang mukmin yang KAU kasihi Amin. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment