Wednesday, 19 October 2011

Nice to share


SURAH AL KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan ber...maksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Salam Ukhuwah..~

Doa untuk anak semasa Exam

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG

Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.


Wasallam

Monday, 11 July 2011

Ramadan semakin dekat.......alhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana hamba masih berpeluang untuk menyambut ramadan yg mulia ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan.
Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi

Andai kutahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Friday, 8 July 2011

Anak anak anugerah istimewa dari ilahi

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Untuk kakak Aisyah n adik isyaa ummi berharap kalian akan mejadi anak yg solehah dan berguna dimasa akan datang.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

ummi n walid luv Aisyah n Batrsyia
my heart....

Wednesday, 6 July 2011

OuR SeCoNd LilTtLe PrInCeSS

Alhamdullillah aku bersyukur atas kurniaan mu ya Allah, semoga anak yg bakal dilahirkan ini akan menjadi anak yg solehah.
Walaupun dah hampir 6 bulan tp, nak jugak citer serba sedikit ttg baby no 2 nie. Bulan 4 tahun lepas disahkan positif, dalam waktu jugak la dpt interview dgn gov(KBS) disebabkan oleh minat punya pasal sy sertai jugak interview tu, nak tau apa dia suh buat berlari 200m, lompat jauh, tekan tubi,n ada la beberapa lgi. sy pg jugak n buat jugak tp dalam hati Still berdoa. Klu anak ini rezki aku maka kau selamatkanlah.
Alhamdulillah mmg rezki kami sekeluarga my husband la paling excited.
tp dugaannya lain plak preggy kali tk lalu nak mkn termasuk la vitamin yg diberi oleh nurse. sy tempuh la dugaan tu sampai saat nak melahirkan.
Utk second time sy nak try normal, lgpon dpt support dari mem2 satu off.
Ikutkan due pada 19.01.2011. tp blom sampai pon tarikh dah turun tanda pada 14.01.2011 dlm kul 5.45, terasa mcm air panas mengalir, rupa2nya btul tanda dah turun, sy agak nervous jugak sbb first baby mmg tk dak tanda mcm itu.
Tanpa berlengah kami trus ke hospital rupa2nya sy ni kembar darah, sbb dlam masa menunggu tu dah 4 helai kain tukar.
Nurse ada ckp awak ni kembar darah, tahan skit yer mmg skit, tp saya tk la sakit sgt cuma masa contrection tu ja yg tk tahan.
Start sakit pada kul 2ptg pastu sy minta asben tlong buatkan air, pas minum air tu trus skit n pada kul 6.45 lahirla seorg Puteri secara normal.
Alhamdulillah dapt jugak merasakan nikmat itu.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Puteri Nurbatrisyia diLahirkan pada 14.01.2011 secara normal berat 2.6kg
Luv,
Walid,ummi n Kakak *big hugs*

Tuesday, 5 July 2011

Tk dapat nak tahan air mata n terus mengalir

Semalam Dila rakan sekerja tanya suka tk baca blog, sy ok jer. dia minta saya baca satu blog nie http://hasyasofea.blogspot.com.
Sampai jer off pg td terus la buka blog nie, Ya Allah cekalnya hati hamba Allah ini.Segala yg terbuku dihatinya di luahkan di blognya, terharu dan sedih saat membaca patah-patah perkataan mala tentang kerinduan seorang isteri yang kehilangan suami tercinta dimana tempat yg kita bergantung dan selama ini melindunginya. Ya Allah kau berikanlah kesabaran n ketabahan kepada dia dalam menjalani kehidupan harian tanpa suami tersayang.

Adakah aku sekuat dia
Ya Allah... Hambamu ini tak sekuat insan yang bernama normala.

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

buat Mala Semoga ketabahan sentiasa kuat dalam diri mu. Ya ALLAH kau golongkanlah suami beliau dikalangan golongan2 orang mukmin yang KAU kasihi Amin. Insyaallah.

Monday, 4 July 2011

KeLeBiHaN AyAt SeRiBu DiNaR


maksudnya “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Hari raya

pertama kali raya setelah bergelar isteri kepada en suami dan ummi kpd anak tercinta.....pada tahun 2008. semoga perhubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat.
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
penat beraya.....

Thursday, 30 June 2011

OuR FiRsT LiTtLe PrInCesS - uMmI & WaLiD SaYanG Kamu

Setiap kelahiran anak akan memberikan satu pengalaman baru buat insan istimewa bernama ibu dan ayah.
Besarnya Pahala untuk seorang Wanita
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Terima Kasih Ya Allah........

Puteri NuraisyahPhotobucketPhotobucket
Puteri Nuraisyah Dilahirkan secara ceasar pada 28.07.2008 berat 3.37kg

Doa Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Dikala tak ada kerja

Assalamualaikum, ermm bila tgk blog member2 ingin jugak nak berblogger ni. tp itulah masa tk brapa nak mengizinkan slalu jer sibuk....tp kali i will try n trus berblogger.