Thursday, 24 January 2013
Selamat menyambut maulidur rasul 1434h
"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"
Wednesday, 16 January 2013
Tuesday, 15 January 2013
8 -10 Jan 2013
Minggu 1st (orientation) sekolah untuk kakak aisya, nampak sgt happy n setiap kali blik umah dia akan cerita apa yg dijar oleh teacher, so far alhamdulillah la tgk perkembangan kakak.
Ummi : Teacher ajar aper ari nie?
kakak : colour n drawiig abc/123
Ummi : owhhh k so kakak bleh buat dak?
kakak : teacher kata good dekat kakak.
Ummi : kakak good n clever la.
Ummi doakan supaya kakak menjadi insan yg berguna di mana akan datang, insyaallah.
11 Jan 2013
kakak aisya bgtau ari ni dia belajar sembahyang kat sekolah, teacher ckp dekat kakak good puteri. kakak pon sronok la ummi.
Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah .

Thursday, 10 January 2013
1st day kat Genius Aulad
07.01.2013, pg2 dah bgun sbb nak siapkan bekpas kekonon la rajin, tgahri just mkn simple2 je sbb kakak Aisya tk mau makan nasi,
kul 12 tgh suh aisya mandi, n tggu sampai rambut kering baru bleh pakai baju.
kakak Aisya tersangatlah excited ntah btapa kali dok tanya....ummi kakak pakai baju sekarang bleh,
Semoga berkekalan la semangat kakak aisya nak sekolah, be good daugther ( anak solehah) n will be succes in your life.
klu 1.00 kami gerak dari umah sbb kakak aisya masuk kelas kul 1.30, tp sampai agak awal jugak sbb dari umah ke sek amik masa dalam 5minit ja.
dah antar naik atas jumpa teacher n kakak aisya pon dah dok berkenalan ngan kawan2.
ummi sempat pesan be a good daugther, belajat rajin2, dgr apa yg teacher ckp. n bgtau nanti ummi datang amik kakak yer.... kami truss zasss ke carefour nak beli barang umah.
kami tk la lama sgt kat carefour sbb tkut tk dan sbb kakak aisya keluar kul 3.30.
huhuhu mak nye yg excited nak tgk cam mana la anak nyer... dah sampai sek trus ckp kat teacher nama anak n teacher akan pggil melalui intercom. Ummi sja nak tgk dari jauh tp dia dah nampak n dia pggil ummiiiii sambil berlari turun kebawah.....sabo je la budak sorg ni.
first word yg kuar dari mulut dia kakak happy school kat sini, nak tau lagi masuk jer keta dia kata kita nak buat apa2 kena baca bismillah tau tak,klu tk baca hantu akan ikut kita.......so cute kat, bak kata my officemate when a child happy, mom's the happiest person.

Induction n Orentattion Day Genius Aulad
1 Jan 2013, kul 9.00 gerak pegi genius aulad untuk induction day kakak, so sampai jer sana trus naik atas cek nama n class kakak, kakak dimasukkan dalam kelas 5 Ibnu Khaldun under teacher Emma.
teacher sgt baik n lembut jer ckp ngan kakak.......
Teacher emma just give simple explain to us regarding class n what should be bring to school daily in d beg. kelas akan bermula pada 07.01.2013 yg dippgl mggu orentation.
1. Al Badar book
2. Message Book
3. Extra Cloth ( tp tk spare pon)
4. Plain water
5. Word Reading series
6. Buku Bijak Bahasa
biasala klu dah kata mak ni mesti nak tanya itu n ini, sian teacher Emma terpaksa melayan karenah ibu2 yg pg sbb first time.
After jumpa teacher Emma trun turun bawag settlekan payment n testing baju dah settle trun blik
Gambar ada dalam phone tk dan nak upload.

Entry Di Tahun Baru
Fuhhh dah lama tk menaip......k lah nak story skit pasal new year kalau ikutkan hati malas nak sambut new year ni, tp disebabkan anak2 n anak buah nak nengok bunga api, jdi kami decide la pegi putrajaya sbb dekat ngan umah.
sampai je tepat jam 12.00 berdentum dentam la bunga api, happy la diorg dapat tgk bunga api.......dah abih jer bunga api kami terus gerak nak blik la tp mak aiiii punya la jemm, sampai umah dalam kul 2 padahal esok pagi nak kena g sek Aisya ada insuction day jumpa ngan teacher.

Subscribe to:
Posts (Atom)